Followers

welcome to my officially belogies :)

Saturday, November 19, 2011

seloka 3mt1

assalamualaikum hello everybody,
dari 3mt1 kami mari,
ingin berkongsi gelagat guru kami,
pada guru jangan terasa hati.

seloka kami syok-syok sendiri,
sekadar untuk buat semua happy,
sudahlah jangan buang masa lagi,
seloka ini kita selami.

orangnya sporting bergaya sekali,
group LNF panggilnya 'mummy',
gurau sendanya kami dah lali,
Pn saadiah guru kelas kami.

berkaca mata garang sekali,
bila dia mai senyap sunyi kelas kami,
"taaakkk serik-serik!!!" tanda dia angry,
guru math kami cikgu tarmizi.

ustazah muniroh mengajar agama,
marahnya tak pernah bergema,
"nahii hee" trademark dia,
student klas dia anggap member ja.

guru tercomel yang kami ada,
mengajar BM santai besahaja,
"aku hawin kot tingkap satgi!!" dah jadi biasa,
ustazah azizah dialah orangnya.

tak pernah miss masuk kelas kami,
subjek SC dia ajari,
"hmm x payah fikir lah tak masuk exam nie"
cikgu masziana sentiasa di hati.

"matlamat hidup" intro di beri,
cikgu abu hassan gelaran diri,
subjek dia ajari mencabar sekali,
tentulah sejarah apa lagi.

hari-hari mesti bawa dictionary,
itulah peringatan yang selalu di beri,
"who's talking in Bahasa ? 2 kupang mali!!"
mss ng guru english kami.

sekian sahaja dari kami,
pada guru maafkan kami,
apa yang di ajari harap diberkati,
terima kasih cikgu ucapan di beri.



3MT1
-sweet memories-
;)

No comments:

Post a Comment